Kunjung Hormat oleh Pengerusi Ahli Lembaga Pengarah (ALP) UniSZA Holdings Sdn. Bhd. (UHSB)

2 Ogos 2022 – YBhg. Dato’ Abdul Rahin Said, Pengerusi ALP UHSB telah mengadakan kunjungan hormat kepada Naib Canselor UniSZA bertempat di Pejabat Naib Canselor, Kampus Gong Badak. YBhg. Dato’ Abdul Rahin Said telah disambut mesra oleh Naib Canselor UniSZA, YBhg. Prof. Dr. Fadzli bin Adam. Delegasi UHSB turut dihadiri oleh YBrs. Encik Nor Irwan bin Adam (Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan), YBrs. Encik Roslie bin Zakarya @ Derahman (Pengurus Besar) dan YBrs. Sr Tarmizi bin Hamad (Ketua Pembangunan Perniagaan). Dalam sesi berkenaan, pelbagai perbincangan berkenaan pemantapan tadbir urus dan kemapanan kewangan UHSB dan subsidari-subsidari di bawah UHSB diadakan demi memantapkan lagi pentadbiran dan pengurusan anak syarikat UHSB. Turut hadir bagi pihak UniSZA ialah YBrs. Encik Ismail bin Musa (Pendaftar), YBrs. Puan Shakimah binti Endut (Bendahari), YBrs. Encik Mohd Fuad bin Husaini (Penasihat Undang-undang) dan YBrs. Encik Muzafar bin Mohd Din (Pengarah Pusat Komunikasi Korporat dan Pengurusan Perhubungan).
Sumber – Facebook Rasmi UniSZA

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *