KEMAMAN, 27 Oktober 2021 – Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC), Yayasan Petronas(YP) dan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) meneruskan kolaborasi bagi meningkatkan daya saing usahawan tempatan dalam era pandemik COVID-19.
Menurut kenyataan, Program Webinar Usahawan Digital – Norma Baharu Pasca-Covid-19 telah dianjurkan melibatkan 850 peserta daripada peserta empower ECER-MEKAR (tajaan YP) daerah Dungun dan Kemaman serta empower ECER di daerah Temerloh, Bentong dan Mersing.
“Program ini memfokuskan pendedahan dan kesedaran kepada komuniti daerah terlibat bahawa minda kreatif adalah penting bagi seorang usahawan dalam menghadapi pelbagai rintangan wabak virus,” jelasnya.
ECERDC menerangkan, antara sasaran program tersebut juga bagi mengalakkan pendigitalan perniagaan buat peserta terlibat disamping meluaskan rangkaian perniagaan.
“Peserta terlibat juga akan diberi didikan berkenaan cara memulakan perniagaan dan membina kenalan yang merupakan elemen penting bagi kejayaan sesebuah bisnes,” katanya lagi.