Lebih 1700 Pelajar B40 Berjaya Lanjut Pelajaran, Hasil Kerjasama ECER, UniSZA

KEMAMAN, 25 Ogos – Program akademik empower Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) kini membuktikan hasil strategi didikan golongan berpendapatan rendah (B40) apabila 1736 daripada 1800 orang pelajar, berjaya menyambung pelajaran ke peringkat lebih tinggi.

Pengurus empower ECER Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Roslie Zakarya @ Derahman berkata, jumlah tersebut melibatkan 751 orang pelajar Terengganu manakala 985 pelajar lagi dari Pahang dan Mersing yang mengikuti program kecemerlangan akademik dan motivasi.

“Anjuran ini turut mempamerkan hasil membanggakan dengan peratusan lulus keseluruhan pelajar Terengganu meningkat kepada 98 peratus manakala Pahang kepada 92 peratus selepas mengikuti program secara percuma tersebut.

“Namun begitu, cabaran dibangkitkan era COVID-19 adalah banyak kelas tidak boleh dijalankan secara bersemuka, antara daerah terlibat seperti Kemaman, Dungun, Marang, Hulu Terengganu, Temerloh, Jerantut, Maran, Rompin dan Mersing.

“Walaubagaimanapun, ia tidak menghalang usahasama UniSZA dengan beberapa agensi lain seperti Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) menerusi pendidikan percuma ini,” katanya.

Tambah beliau, usaha UniSZA untuk membantu pelajar terlibat mencapai keputusan cemerlang turut dicetuskan daripada penggunaan modul versi baharu yang dibangunkan bersama guru terpilih.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *